Saturday, December 4, 2010

kenangan zaman psekolahan...




Segala-galanya berubah sebaik saja saya melangkah ke dunia form 6 pada tahun 2008 dan 2009. Pada masa ini baru lah saya mengenal erti zaman persekolahan yang sebenar . Zaman ini lah bagaikan syurga dalam kehidupan saya. Saya juga menemui sebuah persahabatan yang sangat berharga dan sehingga ke hari ini persahabatan itu terus kekal abadi. Segala-galanya kami lakukan bersama, suka dan duka kami harungi bersama.Saya berada di kelas 6 rendah dedikasi bagi tahun 2008 dan Pra-u atas dedikasi bagi tahun 2009. Zaman persekolahan ini lah yang paling terindah bagi saya. Sepanjang 13 tahun saya bersekolah, dari tadika sehingga tingkatan 5, saya tidak pernah merasa zaman persekolahan yang sebenar. sebab sy kat skolah lama sy hanya wujub sbg bayang2... Namun setibanya saya di s.m.k Lopeng tengah pada 2008 baru lah saya merasai zaman persekolahan yang sebenarnya. Sungguh pun bilangan kami yang masuk form 6 hanya 26 orang pada tahun 2009, ianya sudah tidak memadai bagi saya. Hanya 5 orang lelaki sahaja yang tinggal pada masa itu, iaitu, saya, wan zairul (6D), francis & kai ong (6I), dan Dominic(6K). yang selebihnya pula perampuan. hehehehehe...... "kenapalah lelaki tinggal sedikit time tu?" kami hidup bagaikan sebuah keluarga yang bahagia. walaupun pada awal 2008 kami tidak berapa satu kepala. walaupun bagitu, ikatan persahabatan 6aD dengan 6aK telah terjalin sejak awal lagi. mungkin kerana subjek yang kami ambil hampir sama. Namun pada tahun 2009 group kami mula bertambah sebaik saja 6aI mula sehati dan satu kepala dengan kami. Itu pun selepas pergabungan kelas pengajian am di lakukan. kalau perkara itu tidak berlaku mungkin sampai ke hari ini kami tidak dapat bersama dan membentuk sebuah keluarga form 6 yang besar. hehheheh.......... satu lagi perkara yang saya nak kongsikan. kami juga turut mengelar kelas 6aI sebagai mela (melamin) kerana..... pada masa itu wajudnya kes melamin di china. hahahahaha.... cikgu MB yang mula kan dulu. Dia kata jangan hisap susu perampuan cina kerana ada mengandungi melamin. hahahahahaha (gila). sejak dari itu lah kami mengelar perampuan cina melamin. tambahanpula, dalam kelas 6aI semuanya cina dan cuma satu sahaja malay, iaitu nur rabiatul. gadis cute, ayu, lembut, dan banyak lagi lah.cikgu yang paling kami orang tidak suka adalah cikgu leni, kami orang gelar cikgu leni Omar. erm.... orang tua yang berlakon cerita bawang putih bawang merah dulu.. hehehe. ini mungkin kerana dia guru disiplin yang agak tegas dan kejam. walaupun dia ni agak kejam tapi omar suka bercerita dengan kami orang time kelas muet. dia kata sharing everting is good for.... ah... malas nak cakap. erm.... lupa pula nak beritau, gambar kat atas tu lah gambar keluarga form 6 saya. gambar tu kami ambik time sambutan hari raya 2009.ha.... ni pula cerita pasal sekolah saya, s.m.k lopeng tengah. saya sangat suka dengan sekolah saya tu, walaupun segelinter daripada kawan-kawan saya tidak suka akan sekolah tu. mungkin kerana kawalan disiplin kat sekolah tu agak ketat kot. argh..... terpulang lah pada dia orang, tapi bagi saya sekolah tu menari dan unik. bukan tu sahaja, sekolah tu juga adalah sekolah yang paling bersih. yang unik nya pasal sekolah tu adalah, setiap kali musim perayaan, tak kira apa jua perayaan tu, hari gawai ka?, hari raya ka? dan lain-lain semuanya akan disambut. dan tak ada tong sampah yang disedia kan kat dalam kelas, sebab tu first time datang skolah tu sy jd pelik tercari2 kat mana nak buang sampah, terpaksa lah sy buang sampah kat dalam meja... hehehehe...Memang sah semangat satu malaysia telah lama wujud di sekolah tu. tapi, yang paling-paling unik nya pasal sekolah tu adalah masa balik roll call pagi dan masa roll call habis sekolah. yang peliknya adalah setiap kali habis roll call semua pelajar akan berbaris untuk masuk kekelas, apabila dilihat dari atas ia seolah-olah satu persembahan perbarisan keluar baris yang sangat menarik. nampaknya ini saja yg dapat saya cerita kan.... hehhehe... sbenarnya byk lagi yang saya nak kongsi bersama tetapi sungguh perit rasa dhati nak ceritakan semua nya... akhir kata... saya sentiasa bpegang teguh kepada psahabatan yang telah kita bina selama dua tahun di S.M.K Lopeng tengah... I LovE U aLL....


(>_<)...


No comments:

Post a Comment