Saturday, December 4, 2010

The sTorY oF mY LifE wHen i Go to KL...




Pd 22/09/2010, jam 5.30am bermula lah hidup baru aku… aku ingat kan ianya akan membawa kesenangan dan kebahagiaan dalam hidup aku… namun ianya membawa penderitaan. Tepat jam 6.20am… aku berlepas dari miri ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat MAS yg bernumber MH2551. Pada mula nya… aku memang menjangka perkara ini akan berlaku… namun aku “gasak” je….heheheh. Di balai pelepasan airport miri, aku dah mula brasa sayu melihat raut wajah ibuku di luar balai pelepasan, namun pada saat itu… ku masih mampu bertahan. Ku hanya mengungkapkan kesedihan dalam hati ku… ku cuba tahan air mata ku dripada jatuh mbasahi pipi ku yg cute.Tepat jam 9.25am aku tiba di airport KLIA,sepang. Setiba nya aku di airport KLIA, ada sedikit gementar jauh di lubuk hati ku… maklum lah… first time datang KL. Tapi aku Cuma buat2 biasa je… prasaan takut dan gementar stiasa bsarang dlm minda. Aku myusuri jalan menuju ke badges claimer, dalam perjalannan kesana aku terpinga2, mencari geng2 yg bsama2 dengan aku dalam flight MH2551 tadi. Nasib lah ada beberapa geng orang tua yang sama dengan aku dalam flight td ada bersama ku…. Aku pun join sekali lah dia org tu… aku rasa maybe dia orang tu… pergi melancong kot… tak pula aku tanya dengan dia orang kemana dia orang pergi. Juah juga rasa nya untuk sampai ke tempat badges claimer. Jalan lurus je….. sambil pala tengok atas…. Kemana arah anak panah tu…. Lepas tu… belok kanan…. And then… belok kiri pula… br sampai kat badges claimer aku pun cari lah bag aku kat situ akhirnya jumpa juga. Ha…. Kat sini pula prasaan nervous aku mula datang (bahaya tau kalau aku nervous tp aku cuba buat de... je..hehehhe)… tercari2 pula aku pintu keluar dari tempat itu… tapi… nasib lah ada dua pasangan suami isteri, selapas mangkat beg mereka… mereka pun beredar ke jalan pintu keluar… huh!!!.... baru lega hati ku… so…… aku pun ikut lah… mereka itu… dan akhirnya… aku temui jalan keluar.. sampai disana, perkara pertama yang saya buat adalah cari tandas… keluar dari tandas… aku menuju kesebuah kedai yang bernama “makanan ringan”. Disana, aku membeli sebotol air jus apple, sebotol air mineral dan keropok twistis.Selepas itu, aku melangkah keluar dari kedai makanan tersebut dan menuju ke kaunter taxi yang bernama AIRPORT LIMO (M) SDN.BHD. setibanya aku disana… aku menempah sebuah teksi yang dipandu oleh En. Safian dengan bayaran tempahan sebanyak RM93.00. tertulis didalam tiket taxi itu sri damansara kepong. Tiada sedikit gentar pun yang lahir dari hati ku pada masa itu… didalam taxi yang dipandu laju oleh En.safian itu, aku membuka keropok twistis dan mjamunya… sambil makan2 aku pun sempat meninjau dan membaca papan tanda jalan disepanjang jalan menuju ke sri damansara. Untuk sampai ke sri damansara mgambil masa agak sejam lebih… setibanya di bahagian Bandar sri damansara, disana aku melihat kesesakkan lalu lintas berlaku… panjang deretan kenderaan tak terhingga… nasiblah en.safian dapat mengelakkan diri daripada terperangkap daripada kesesakan lalu lintas. Akhirnya aku pun sampai… kedestinasi yang dituju… tetapi… tempat yang en.safian memberhentikan aku bukan lah di tempat yang sepatutnya… tetapi ditempat yang berbeza, iaitu di wisma twintech…. Dengan langkah yang slamber aku menuju ke pintu masuk wisama tersebut.. aku terpinga2… mcari dimanakah kaunter pendaftaran.. aku merasa sesuatu yang tidak kena… dan akhirnya aku membuat pangilan ke en.azwan. Barulah aku tahu bahawa aku telah dihantar ke salah tempat. En.azwan mengarahkan aku untuk tunggu diluar gate wisma twintech tersebuat, agak lama juga aku mnunggu ditempat tersebut. Ramai pelajar memandang pelik kearah aku….hurm... damn!!!... malu juga rasanyak... dahlah kat tempat org.
Akhirnya sebuah kereta proton arobik datang. Rupa2nya… mereka telah diarahkan oleh En.azwan untuk mjemputku di wisma tersebut. Akhirnya.. kami pun menuju ke twintech tempat dimana aku sepatutnya pergi. Setibanya di tempat letak kereta di twintech aku dibawa terus masuk ke kaunter pendaftaran. Setibanya aku disana aku pun mendaftar. Disana aku diperkenalkan kepada staf2 yang bertugas. En azwan dan En awang. En azwan adalah pengurus pemasaran manakala en awang adalah pengurus hostel pelajar. Selapas selasai mengisi borang pendaftaran , aku diarah masuk ke bilik pembayaran. Disana aku membayar yuran pendaftaran sebanyak RM1325.00 kepada cik nani dan yuran hostel sebanyak RM420.00 kepada En.awang.Aku diberi satu set cadar tilam berwarna coklat dan sehelai baju twintech yang berwarna orange dan saiz nya adalah XxL. Terlebih saiz pula… hehehehe staf disana kata baju itu Cuma boleh ditukar selepas dua bulan sebab pada masa itu, tiada saiz yang sepandan dengan aku. Selepas semua pembayaran selasai dibuat aku dan salah seorang budak prempuan dibawa ke tingkat 1 dan menuju ke bilik pgurus besar twintech. Disana kami berdua diberi sedikit ceramah atau yang dikenali sebagai briefing. Disana kami diterangkan prosedur2 tentang subjek yang bakal kami ambil dan juga tentang sedikit pasal twintech.Lebih kurang 20minit dibilik itu, kami pun dibawa keluar. Setibanya dibawah aku dibawa oleh cik nani ke bilik fikurti yang terletak dibangunan sebelah. Tempat tersebuat adalah tempat para student twintech mendaftar subjek yang akan mereka ambil. Disana, aku pun mendaftar subjek2 yang akan aku ambil untuk semester pertama. Sebanyak enam subjek yang diberikan.selapas itu, segala-galanya pun selesai. Maka dengan itu, aku pun sudah sah menjadi student twintech. Aku pun melangkah keluar dr bilik fikurti itu dengan menaiki lif. Setibanya dibawah aku mencari en.awang, kerana sebelum itu, aku dipesan supaya mencari en.awang setelah semua nya selesai. Namun aku tidak berjumpa dengan EN.awang, aku diminta menunggu sebentar di luar. Aku difahamkan bahawa en.awang pergi makan dan akan sampai kira2 jam 2.30pm ditempat pendaftaran tersebut.semasa menunggu diluar kaunter agak boring juga rasanya… namun sempat juga aku berbual2 dengan budak dr Terengganu.
Setalah lama menunggu en awang pun sampai, dan aku akhirnya dihantar oleh dua orang budak twintech ke hostel yang terletak di desa 2 aman puri di kepong. Aku sampai di hostel tersebut kira2 jam 3.00pm. disana lah first time aku brada di apartment. Bilik tempat aku menginap terletak di tingkat 9 3A bilik no 1. Setibanya aku d bilik no.1 itu, aku diperkenalkan oleh 2 orang budak twintech td kepada roommate aku. Aku dipelawa masuk oleh seorang roommate aku. Disana aku dibawa masuk kebilik ku…Disini lah bermulanya hidup dan dunia baru ku…. Jauh fikiran aku melayang. Agak segan juga nak bersembang dengan roommate aku, nasib lah salah seorang daripada mereka agak peramah. Pertama sekali aku perkenalkan Mr.kamal. hu…. Nama jak macam melayu, padah hal iban dari kapit. Nm singkatan nya mal, hehehehe… dia ni lah orang yang memberitahu dan menyampaikan serba sedikit tengang kehidupan student kat twintech. Mal ni senior kat hostel tu… dia kata next year dia akan tamat pengajian. Hobi dia on9 kat fb… siang sampai malam fb jer… keja heheheh.Orang yang seterus nya pula justin. Budak ni ok juga. Dia ni berasalm dari sabah. Hurm… dia ni agak nakal, n boleh dikatakan hesem lah… diantara roommate2 yang lain. Dia pun suka on9 kat fb juga.. yang seterusnya pula.. Kristen. Budak ni pula pelik sikit… dia ni suka didalam bilik, kalau makan baru keluar n dia ni juga ada membawa perempuan tinggal satu bulik dengan kami. Satu lagi tabiat buruk dia orang ni… kesemua mereka yang tinggal kat situ adalah perokok, huh… ini yang menyebabkan saya tak tahan tinggal dengan mereka biasalah... first time tinggal srumah dgn prokok... "jgn marah yer kamal kalau awk ada bc blog sy ni heheheh". Sorang pula bnama ray. Ray ni saya tak berapa tahu sebab saya tak pernah Nampak dia. Lupa pula… sorang lagi budak ni saya tak tahu apa nama dia… walaubagai mana pun dia ni sama satu bilik dengan saya. Secara keseluruhan nya… kesemua roommate saya tu ok2 lah…. Dan tak banyak saya dapat komen tentang mereka sebab saya baru je 2 hari dengan mereka. Namun begitu mereka smua ni best2 blaka....Pada hari pertama itu, saya agak boring, kira2 pukul 7.00pm, aku mengajak kamal pergi beli barang tp kamal tak ikut sbab bzy dengan fb dia ler… so… terpaksa lah aku bsama dengan Kristen dan justin pergi beli barang keperluan. First kedai aku pergi adalah ke kedai buat kunci. Sbab aku dipesan oleh kamal untuk potong 2 kunci rumah dan kunci bilik. Lepas tu aku dan Kristen pergi ke kedai mjual peralatan daput seperti pinggan mangkuk, sudu baldi dan lain2. Disana aku membeli 2 buah pinggan, satu mangkuk, 1 tuperware, hanger baju, dan tempat simpan sabun. Selepas itu, aku dan Kristen pun pergi ke kedai runcit pula, disana aku membeli baldi, mee sedap 2 pek, umo feb satu beg besar, dan minuma korn ala yang mcm nestum tu…heheheheHUrm… malam itu lah malam yang paling myedihkan. Duduk ku tak senang, mandi tak basah… apatah lgi makan… langsung tak makan aku masa tu…. So… sad. pandangan ku cuma ttumpu kat luar jendela jer... time ni lah aku soleh2 nampak jalan pulang ke miri. Barulah aku rasa bagaimana btapa sakitnya dlanda sakit rindu lebih sakit dri luka o.... "better dont try it if u not the strongers person". Hanya jasad ku yang brada d KL masa tu… tapi jiwa ku masih brada d miri, brada bsama2 kluarga tercinta. Memang sedih betul lar… malam tu…. Air mata sentiasa mgalir kalau dtadah boleh jdi satu gelas hahahhahaha… fikiran stiasa melayang… On that time juga.. aku langsung tak makan, krna tiada rasa nak makan, maklumlah jiwa asik sedih je… mcm mana nak makan... hehehehehe .Ada juga masa kdang2 aku pergi ruang tamu tengok TV dgn room mate aku… tpi… hanya mata jak yg tgok TV hati tetap juga kat masih miri. Selepas itu, aku cuba juga on9 utk tenangkan jiwa… tetap juga tak dpt huh!!!.... mcm2 cara aku buat masa tu... but i always fail. Akhirnya aku mbuat kputusan utk msg dgn mak aku.. bru lah lega sikit hati apabila mdpt respond dr mak.. hehehehe .
Dlm masa yg sama juga aku pun rindu kat kwn2… time tu aku pun msg lah dgn kwn2 yg sudi mlayan aku malam tu… msg dgn sam, douglas, n jeveline. Mcm2 rintihan hidup aku luahkan kat mereka, dah mjadi kbiasaan adat bkawan… mcm2 kata2 semangat mereka beri kat aku, numun… aku tetap tak peduli kata2 mereka.. dan akhirnya aku mbuat kputusan utk pulang semula ke miri. Setelah puas bsedih.. akhirnya aku pun tertidur datas katil. Tidur juga tak lena… mcm2 hal dlm fikiran ku pd masa tu… aku rasa itu lah saat yang paling sedih yg pernah blaku dlm hidup ku. Akhir nya aku tidur dibuai mimpi indah. Menunggu pgi mjelma. matahari pagi pun mjelma, pada masa itu aku pun menanam hasrat utk terus bertahan. sperti hari2 biasa yg sering aku buat kat rumah... lepas bangun aku tentu akan mandi. Dengan slumber aku mgatur langkah kebilik air dgn mbawa sbiji baldi berisi pkaian. Ini juga kali pertama aku basuh pakaian aku dgn tangan... kalau kat rumah... mesin basuh lah jd mangsa. hehehhe.
Pada hari ini, ini lah hari kedua aku kat KL. Mandi punya mandi.... akhirnya aku pun siap... bsalin pakain dan jemur pakaian kat sebuah bilik. aku pun tak tau apa nama bilik tu... geli juga nak masuk bilik tu... bcs i saw sumting kat sana "rahsia" hehehe. hurm.... terpakas juga aku jemur pakaian kat dlm bilik tu... nak buat mcm mana dah tak ada pilihan bah... akhirnya... tugas aku pun selesai. Rasa lapar pula aku pagi tu.... dan aku pun masak mee sedap yg aku beli kemarin. masa tu roommate aku blum bangun lagi. hurm... lepas makan aku pun cuci lah pinggan. rajin juga aku masa tu.. hehhehe kalau kat rumah... cis.... lepas makan... letak jak pinggan kat sink, lepas tu keluar... Pada masa tu lah... keborinkan tahap dewa dewi mgusai dri ku. Dan pada masa tu juga aku skali lagi aku diserang pyakit rindu... Masa ni lah... aku benar2 buat kputusan utk balik miri. Air mata ku tetap jatuh dsaat aku teringat kat keluarga. kira pkul 10 lebih... aku call mak aku... dengan nadi yg pilu+sedih aku mgatakan dri tak betah dan ingin pulang smula kemiri. Rasa terpaksa juga aku mbuat keputusan sedemikian... huh!!!... nasib lah bos aku masa tu benarkan aku pulang... hehehehe..yeh!!!... baru lah lega dan senang sikit kat hati... apabila mak aku benarkan aku balik semula kat miri. Akhirnya aku btanya kat kamal kat mana nak beli tiket kapal terbang. Dia pun sarankan aku supaya beli tiket mlalui web site., tapi tak juga dpt. akhirnya dia pun mbuat kputusan utk beli tiket kat sbuah kedai kat bawah tu.
Pada hari aku dan kamal pergi ke bank utk bankin duit aku. Kami mnaiki sbuah teksi utk spai ke CIMB bank tu dgn tambang sbyk RM 5. Memandangkan dah terlajur jalan kamal pun ajak aku kesebuah shopping complex yg dikatakan agak terhangat kat sekitar damansara. hurm.... lupa dah aku nama tempat tu... hhehehhe dlm perjalanan mnuju ke tempat tersebut mcm2 cerita dan pgalaman kamal kongsi kat aku. Sampai kat shopping complex tu.. kmi pusing2... hurm... best juga kat dlm tu... sempat juga kami bdua makan kat KFC kat situ... kat sana lah aku dpt jam KFC yg ada kat bilik aku masa ni... hehehe. lepas tu kami bdua pun balik ke hostel dgn mnaiki sbuah teksi yg dipandu uncle tan. Pada mula nya sy memang plan nak balik pada hari ini juga tetapi memandangkan terdapat sedikit masalah so... terpakasa lah balik pada hari esok. Petang tu aku dan kamal pun pergi beli tiket kat bawah.. tempat dia org slalu beli tiket kalau nak balik srawak. harga tiket yg aku terpakasa bayar masa tu ialah RM 270.00. balik punya pasal tak kesah lah... btapa mahal nya aku terpakasa bayar. flight yang bakal aku naik akan berlepas awal pagi esok. rasa nya tak sabar nak balik miri... hehehhe gembira dihati bukan main.... huhuhu mlm tu aku just duduk mhadap laptop je... sambil main game... main game adalah hobi aku... hehehe. "disingkatkan cerita ini.... so.... kira2 pkul 3 pagi aku pun bangun tidur... dah bsiap2 utk ke lapangan terbang LCCT. petang kemarin dah janji dgn uncle tan, jemput aku kira2 jam 3.30 pagi kat desa aman puri tempat hostel aku...
Memperkenal kan pula uncle tan ni... dia ni pemandu teksi yg aku tempah utk hantar aku ke airport LCCT. Uncle tan memang menapati janji nya... tepat jam 3.30 uncle tan datang jemput aku. Pada masa itu aku masih belum siap lagi.. so.... terpaksa lah uncle tan tunggu aku kat bawah. Setelah siap aku pun turun... dlm perjalanan ke bawah agak takut juga.... melalui lorong2 gelap utk mnuju ke pintu lif. Akhirnya aku sampai juga kat bawah. uncle tan dengan senyuman mgambil beg yang aku heret lalu memasukan nya ke dlm bonet kereta. Kami pun bertolak ke LCCT meredah samar gelap bersuluhkan lampu jalan. Keadaan jalan raya pada waktu itu agak sunyi, maklum lah waktu pagi bah. lebih kurang sejam lebih menuju ke LCCT, akhirnya aku pun sampai ke destinasi yang dituju. Aku diberhentikan tepat kat depan pintu masuk ke airport LCCT. Uncle tan keluar lalu mgambil beg aku dari bonet kereta nya, sejurus selepas itu, uncle tan pun mberi sedikit penerangan tentang pergerakkan di airport LCCT. sempan juga kami bersalam-salaman... hehehehehe akhir kata dri uncle tan masih segar dlm ingatan ku.. "see u again next time"... Bercerita tentang airport LCCT, ini lah kali pertama aku berada di airport yang nampak gaya tidak teratur, aku rasa airport kat miri lagi bagus dari airport LCCT. boleh jadi pening kat airport ni. Aku pun cuba membiasakan dri dengan keadaa sekeliling, sebelum membuat apa2 tindakan terlebih dahulu aku pusing satu airport tu. aku tiba d airport lebih kurang nak hampir jam 5 am. pada masa itu memang airport itu sudah banyak org dan menyebabkan keadaan di airport tu agak sesak. bukan setakat orang Malaysia yang brada kat airport masa tu, malah terdapat sebilangan besar para pelancong. agak lama aku menunggu untuk check inn tiket borink juga rasa nya. nasib lah ada sebuah kedai coklat dibuka kat situ. aku pun pergi ke kedai itu dan mbeli sepapan coklat, gula2 dan sebotol air mineral. lepas itu, aku kembali ke tempat duduk.
Tepat jam kira2 6.20 am, aku pergi ke kaunter pemeriksaan beg. lepas itu aku ke kaunter pemeriksaan tiket. memandangkan masih ada masa lagi aku duduk di ruang menunggu menuju ke kaunter pemeriksaa imigresin. kira jam 6.25 am, aku pun pergi ke kaunter pemeriksaan menuju ke balai pelepasan. keadaa menuju ke pintu pelepasan memang sudah sesak sejak jam 5am td. so... terpaksalah berada dalam barisan yang panjang. huh!!!.... letih tau masa tu.... Setelah selesai melakukan pemeriksaan aku bergerak ke balai pelepasan. ha.... kat sana aku jd blur... sbab tak tau mana satu tempat nak pergi byk sungguh pintu pelepasan kat sana. Akhirnya aku pun tengok number flight yang akan aku naiki terpapar kat depan pintu pelepasan tu...no flight yang akan aku naiki adalah AK 5180. sempat juga aku melihat tarikh pada masa itu ialah 24/9/2010.
Jauh disudut hati aku berkata, "hari ini lah hari terakhir aku kat KL" Good bye KL.... hehhehe tepat jam 6.40 kedengaran flight yang bakal aku naiki akan berlepas. semua anak kapal AK 5180 pun bergerak menuju ke pesawat tersebut. agak pelik juga airasia ni... kami terpaksa berjalan agak jauh menuju ke flight tersebut. tak macam MAS... kami naik tangga untuk masuk ke pasat tersebut... ala.... mcm naik bas bah.... hehehhe cuma bezanya tangga nya tinggi dr tangga bas. sejurus itu aku pun mencari tempat duduk berpandukan tiket. tempat duduk ku mcm hari pertama aku datang KL. aku duduk cun2 berdekatan dengan sayap kapal dan kat tepi tingkap. kat tempat duduk tu cuma aku dan seorg budak cina je kat sana... sepat juga aku ambil gambar kat dalam pesawat tu... nanti ko org tgok yer.... hehehhe. Tepat jam 7.20 am pesawat AK 5180 pun berlepas ke udara. pada masa itu lah aku dapat rasakan perbezaan airasia dan mas. kalau kat mas makanan tak dibayar tetapi kat airasia makanan dibeli dengan harga yang agak malah. sepanjang perjalan kemiri aku cuma tidur je... letih bah... selama lebih kurang 4 jam dlm flight akhir nya aku pun tiba kat miri... mcm biasa selepas turun dri flight aku pun menuju ke kaunter pemeriksaan dokumen.
Selepas itu aku pun menuju ke tempat mgambil beg kat bawah. huh!!!... baru lah lega hati setelah pulang ke pangkuan keluarga. gembira tak terhinggan tgok kluarga jemput aku kat depan pintu keluar. baru lah aku rasakan bahawa dri ku yang lama telah kembali ke jasad ku... kat miri... aku mjalankan khidupan dan rutin harian dgn lebih ceria, maklum lah... dah brada dgn klurga tersayang bah... hehehhehe... I so... happy here.... dpt jumpa kwn2 dan dua ekor arnab kesayangan ku... hehhehe hurm.... nampak nya... setakat ini saja lah cerita dan pengalaman sedih dan gembira yang dapat aku kongsikan bersama...........
The END!!!!!!....... (>_<)...

No comments:

Post a Comment